Counter

blogger tracking

Thursday 29 December 2011

“saya sedih TANPA sebab..”

Mana mungkin KESEDIHAN hadir tanpa sebab..
Kamu MEMBOHONGI diri bila berkata : 

“saya sedih TANPA sebab.”
“sebab”nya ada..
“sebab” yang cuma kamu tahu..
“sebab” yang kamu sembunyikan, kamu nafikan..petanda bahawa kamu masih BELUM KUAT menerima segalanya..

Mungkin kerana sesuatu yang belum kamu LEPASKAN dengan IKHLAS dan jujur..

Mungkin kerana sesuatu yang belum kamu TERIMA dengan REDHA dan lapang dada..
Namum..percayalah pada Allah..
percaya sungguh-sungguh..
Jangan ragu-ragu..
Jangan berprasangka..
Yakinlah dengan sepenuh hati..
KetentuanNYA pasti yang TERBAIK..
Semoga itu membuat kamu BERLAPANG DADA dengan ketentuanNYA..








Bila DITANYA dengan soalan :
”tak sedihkah?”
”tak rasa apa-apakah?”
“tak menangis ke?”

JUJURNYA, mestilah sedih..

TIPULAH jika berkata, diri tidak terasa apa-apa..
Namun, hati sudah TIDAK MAMPU lagi menyimpan sisa-sisa kecewa..
Saya tidak mampu untuk terus berdukacita..
Saya lebih tidak mampu untuk terus bersedih  dan berduka..


Jujur, membuang kesedihan itu LEBIH MUDAH..
Dari terus menyimpannya dalam ruang-ruang hati..
jujur, SENYUM PAKSA dalam sisa-sisa luka itu lebih mudah..
Dari bermuram durja, mengenang dan terus mengenang segala kesedihan yang melukakan..
Bukan tidak kecewa, bukan tidak sedih..
Cuma sudah tidak mampu terbawa-bawa..
Cukup, cukup sampai disini..

Buat kamu juga, LEPASKANLAH kesedihan itu dan berbahagialah..semoga Allah MEMPERMUDAHKAN..

2 comments:

NorFarahin@aien said...

Lindungilah kesedihanmu dengan senyuman,
Walau di hatimu penuh kedukaan,
Kerna tabah menempuh dugaan,
Menunjukkan kamu mempunya iman .....
la tahzan yaa.. ^^

BukanSekadarNama said...

thanx ain...insyaALLAH...
ALLAH sentiasa ada...