Counter

blogger tracking

Wednesday 8 February 2012

Perpisahan Kerana ALLAH...

Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan.  Ini menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia.


Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.  Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.  

Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan. Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.

Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.  Hanya airmata menjadi jawapan.  Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang. 

Tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.


Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala yang telah lepas.  Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.  



Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam.  Jangan lupa kembali mengingati ALLAH.  Segala apa yang kita ada hanya pinjaman.  Segala yang termiliki akan dipulangkan.




Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya.  Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia.  Untuk kita belajar berkasih sayang.  Untuk kita saling menebarkan peringatan.

Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.  Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.  Masih ada!  Iaitu di alam abadi.  Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali.  Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti.  Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.



Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.


PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan.
Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan..... 




One of the best gift you can give is caring, is free and priceless. So don't ask why I love doing that... 





..........aku sentiasa sayang kamu dunia & akhirat.........

Saturday 4 February 2012

Gangguan elektrik di UiTM lebih dari 24jam...

Bekalan elektrik  UiTM atau Universiti Teknologi Mara mengalami gangguan... Tempoh gangguan bekalan eletrik tidak dapat dketahui lagi sampai bila.. Puncanya masih didalam siasatan.. Mungkin disebabkan pembaziran yg melampau atau ketidak cekapan org dalaman menguruskan penipuan...



Kes ini saya dapat ketahui dari seorang sahabat yg menuntut di sana.. Hebat kan saya? Leh jadi pemberita sensasi lagi hot ! Sahabat saya kira dia yg hot lagi sensasi kot... Hahaha

Okie2..ini cerita tipu! Jgn cepat terpedaya ok... Aku geram kat sowang budak ni.. Leh jer dia kata malas nak cas btri handset konon.. Sedangkan dia tak leh hidup kot takde handset.. Kalau setegha hari aku leh terima dek akal.. Kot2 terkejar2 p kelas.. Org mengantuk..Bateri abes masa tgh membuta.. Ni dah lebih 24jam... Tak boleh2 nk cas apa kejadahnya??

Aku kekadang cam dah mual dengar alasan2 bodoh.. Ni la salah satu ciri2 lidah bercabang.. Kot ye pun kau nak privacy konon ngan si cinta hati... Tak kan la sampai kau nak tipu aku utk kesekian kalinya?? Ada2 jer kau nak tipu2 aku ! Aku fed-up la.....

Aku dah banyak tolerate ngan kau.. Tapi kau tetap gitu jer.. Kekadang aku fikir hati aku yg kotor.. Cuba nak bersihkan hati aku.. Nak persahabatan ni lebih ikhlas..lebih suci... Tapi bila fikirkan sikap kau yg kaki kelentong... Aku jadi sakit ati yg teramat...

Its ok...aku sabar.. Aku doakan ALLAH bg petunjuk & hidayah kat kau!! Aku syg kau wei.. Kawan..sahabat..teman...saudara... But i'm nothing to u rite? Its ok...

Nasib tak de gangguan air..kalau tak busuk la kau ! Tapi walau air & eletrik ada...peragai kau tetap busuk !


being HONEST may not get u a lot a friends..
but it'll always get you the RIGHT ones !

hye si lidah bercabang !

Hati sakit lagi ! Time nak mintak tolong.. Bukan main manis mulut.. Telinga pun sanggup tahan kena kata lebih kurang.. Buat2 aksi 'tolong kami-bantu kami'.. Dah ditolong.. Senang jer kau berubah.. ingatkan dah bertaubat.. Rupanya tau-buat jer!

Salah aku jugak..Tak reti2 nak serik2 ! konon2 baik sgt... Kalau bukan aku nak tolong.. Sapa ler lagi.. Kata sedara ! Hahahaha..padan muka dri sendiri! Sila tepuk tgn beramai2.... Uwaaaa....aku sedih! Masih boleh control... Hati kena kebal !

Kekadang tak paham dgn manusia yg suka ckp tipu ni.. Yes..benda tu kecik. Tapi kat aku yg dah bnyk membantu..macam sedara pun sanggup nak tipu benda2 gitu ! Ingat best ke wat perangai cam budak2 tak akil baligh nie? Plz la...be matured cket...




Yes..aku tak penting..bukan sesapa kan.. Aku jer dok anggap lebih2.. Ok2..utk kesekian kalinya aku kena ajar diri aku utk berhati2 dengan manusia lidah bercabang ni !

Sabar... Sampai bila? Ye..sampai bila2..sebab rasa kasih & sayang tu dah sebati dalm diri ini.. YaALLAH..tolong la beri petunujuk & hidayah utk manusia2 ni.. Plzz..... Aku sayang sgt kat org2 yg tak cerdik2 ni !

Kehilangan Kamu Utk Selamanya....







Tanpa undangan diriku kau lupakan

Tanpa utusan diriku kau tinggalkan

Tanpa bicara kau buat ku kecewa

Tanpa berdosa kau buat ku merana

Friday 27 January 2012

Rahsia Cinta Seorang Hawa...

Assalamualaikum……

Bicaraku kali ini tentang hakikat cinta HAWA… 


Ya tentang cinta mmg tidak akn pernah habis dibicarakan…. 


Aku bukan pujangga yg hebat dalam membahas tentang cinta. 


Aku ingin bicara atas nama wanita...


Wanita adalah makhluk yg sempit akal dan mudah terbawa-bawa emosinya…


Sangat mudah bg golongan adam utk membuat golonganku bermimpi.

Tolong..


berhentilah memberi angan-angan kpd kami...


Mungkin kami akn memuncung tika di sapa, 


atau membuang muka kalau di puji. 


Tetapi sejujurnya, ada perasaan bangga. 


Bukan suka kpd kamu (mungkin)tetapi suka kerana diperhatikan lebih.!

Di antara kami, 


ada golongan hawa yg pandai menjaga diri. 


Tetapi tidak semua kami mempunyai hati yg suci. 


Oleh itu kpd golongan adam....


jangan kamu tawarkan sebuah ikatan bernama ta'aruf 


bila kamu benar-benar belum bersedia akan situasinya. 


Sebuah ikatan yg tidak pasti yg boleh jd berumur tidak 


Cuma dalam hitungan bulan tetapi menginjak usia tahun, 


tanpa kepastian bila akan dipastikan. 


Seringkali .....persahabatan itu dibungkus label 'ukhwah fillah' 


dan seringkali jg persahabatan antara golongan hawa 


dan adam ini dijangkiti virus yg bernama 'rasa' dan 'makna'...


kerana tiada suatu hubungan pun yg tidak berkait dgn soal 'rasa' .

Sebelum kamu memutuskan untuk mendatangi kami...


jwb dulu pertanyaan ini dgn jujur. 


Setelah tiga bulan kamu mendatangi dan menyatakan cinta,

kamu masih belum bersedia mengikrarkan dlm sebuah pernikahan??


atau kamu masih memerlukan masa yg lebih lama 


dan meminta kami menunggu 


dgn alasan yg tidak syar'i dan terlalu duniawi...
.
jika jwpn kamu YA, 


bermakna kamu lebih 'hebat' dan 'berani' daripada Saidina Ali. 


Dia hanya berani mengatakan cinta kepada Fatimah, setelah menikah. 


Ali.. Pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w 


tetap menunggu waktu bertahun-tahun untuk mengatakannya. 


Bukan kerana pengecut, tetapi kerana dia adalah lelaki kualiti syurga.

Tolong,


kami tidak ingin menyakiti hati calon suami kami yg sebenarnya.


Mereka berusaha menjaga hijab
,
 agar datang kpd kami dalam keadaan suci hati, 


tetapi kami malah menjaja cinta kepada lelaki yg belum tentu menjadi suami kami. 


Atau kamu sekarang sudah berani menjamin bahawa kamu adlh calon suami kami yg sebenarnya???


maaf... 


wanita itu lemah dan mudah ditaklukkan. 


Sebagai saudara kami, 


tolong..jagalah kami. 


Kerana kami jd lemah dgn surat cinta kalian.

Bukankah akn lebih indah bila kita bertemu dgn jalan yg diberkati-Nya?


Bukankah lebih membahagiakan bila kita dipertemukan dlm situasi yg diredhai-Nya?

Bukan Cuma saat menikah, 


tetapi saat pertemuan yg juga bebas dari maksiat. 


Allah maha Pencemburu 


Dia maha Memiliki kami..


maka mintalh kepada-Nya sebelum mendatangi kami.





Akhir kalam....

Tentang jodoh..aku takkan runsingkannya lagi, 


seperti halnya takdir lahir dan takdir mati. 


Takkan mengundur dan ke depan sedikit pun. 


Aku yakin ssorang di sana telah diciptakan Allah khusus utkku.

Bukankah manusia diciptakan berpasang-pasangan. 


Mungkin dia, mungkin jg bkn. 


Bila dia adalah ikhwan yg baik bagiku, 


namun Allah tak izinkan dia utk menikahiku, 


maka aku yakin Allah telah menyediakan ikhwan


 yg jauh lebih baik daripda dia utkku. 


Kerana aku tahu Allah takkn pernah mengecewakanku.

Tentang dia...


dia mungkin telah tersedar telah mensia-siakan waktunya utkku...


ya,jalan itu masih panjang....


dan dia pun memilih mencintai Kekasih Sejati daripada diriku..


subhanallah..bagaimana mungkin aku tidak semakin mencintai dia.....


dan jelaslah bahawa dia berhak mendapatkn wanita yg jauh lebih baik daripadaku...


kudoakan semoga dia dikurniakan isteri yg solehah, 


yg jauh lebih baik daripada yg pernah di bayangkan sebelumnya...


kerana Allah takkn pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya.

"Ya ALLAH aku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, 


dan cinta kepada orang-orang yg mencintai-Mu, 


juga kpd amal perbuatan yg akan mendekatkan diriku untuk lebih mencintai-Mu.."


UnTuK YaNg TeRCiNtA

Aku menerimamu

Kerana cintamu pada-Nya

Aku mengasihimu kerana

Kasihmu pada-Nya

Adakah aku kau pilih

Kerana pilihan-Nya untukmu?

Terimalah aku bukan kerana mahar

Yang kau beri padaku

Bukan jua kerana cintamu padaku

Melebihi cintamu pada-Nya

Tetapi kerana aku adalah

Perempuan yg dijodohkan-Nya untkmu

Kasihilah aku...sayangilah aku..

Kerana ketaatanmu pada-Nya

Moga mahligai yg dibina

Direstui...diberkati...

Hingga ke syurga...




"AkU MeNciNTaiMu KeRaNa aGaMa Yg AdA PaDaMu..

JiKa KaU HiLaNgKaN aGaMa DaLaM DiRiMu...

MaKa HiLaNgLaH CiNTaKu PaDaMu..."





Tuesday 24 January 2012

Jom uji minda anda ! Sengal or terbaek !



Sapa rasa2 IQ tinggi sgt jom try this game.. Syok bak ang.. Aku failed ! Hahaha..

So saje share ngan korang..test2 cepat !

Okey..rule for this game...

‎- Sila jawab dengan spontan ok! Its means in 2seconds mesti jawab setiap soalan...

- Baca satu demi satu untuk memeastikan anda faham ok.. Jgn menyesal !


- Concentrate! 100% jgn ada gangguan...


- OKEY...KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3.  Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air...!


1. Rambut anda warna apa ?

2. 
Background ni warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari...!


1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging....!





Jom share apa jawapan anda... dari 3 bahagian tu... Anda dapat brapa? Saya 3-3 salah !... Sadis kan...

Sunday 22 January 2012

Aku jatuh hati utk kesekian kalinya....


Korang kenal sapa mamat dalm pic diatas??

Apa?? Tak kenal.. Memang tak rock la..

Mungkin anda tak sempat baca kisah 'Blues utk aku' dalam majalah Ujang dulu..

Watak utama ni...

Nama mamat ni Sahak!..

Tak up-to-date la nama dia..

Tak kira la nama apa pun..

Tapi aku memang jatuh cinta sama ini pic...

Giler smart kot mamat nie..

Ada tak -in reality- mamat sesmart ini??

Kalau ada rekemen la kat akak dik oii..

Tetiba akak jadi desprate lak...

Paling suka tang rambut panjang & janggut dia tu..

peerrgghhh....

Ok2..cukup2 buat maksiat mata!!.

M-A-A-F