Counter

blogger tracking

Wednesday 8 February 2012

Perpisahan Kerana ALLAH...

Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan.  Ini menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia.


Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.  Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.  

Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan. Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.

Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.  Hanya airmata menjadi jawapan.  Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang. 

Tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.


Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala yang telah lepas.  Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.  



Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam.  Jangan lupa kembali mengingati ALLAH.  Segala apa yang kita ada hanya pinjaman.  Segala yang termiliki akan dipulangkan.




Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya.  Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia.  Untuk kita belajar berkasih sayang.  Untuk kita saling menebarkan peringatan.

Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.  Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.  Masih ada!  Iaitu di alam abadi.  Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali.  Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti.  Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.



Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.


PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan.
Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan..... 




One of the best gift you can give is caring, is free and priceless. So don't ask why I love doing that... 





..........aku sentiasa sayang kamu dunia & akhirat.........

Saturday 4 February 2012

Gangguan elektrik di UiTM lebih dari 24jam...

Bekalan elektrik  UiTM atau Universiti Teknologi Mara mengalami gangguan... Tempoh gangguan bekalan eletrik tidak dapat dketahui lagi sampai bila.. Puncanya masih didalam siasatan.. Mungkin disebabkan pembaziran yg melampau atau ketidak cekapan org dalaman menguruskan penipuan...



Kes ini saya dapat ketahui dari seorang sahabat yg menuntut di sana.. Hebat kan saya? Leh jadi pemberita sensasi lagi hot ! Sahabat saya kira dia yg hot lagi sensasi kot... Hahaha

Okie2..ini cerita tipu! Jgn cepat terpedaya ok... Aku geram kat sowang budak ni.. Leh jer dia kata malas nak cas btri handset konon.. Sedangkan dia tak leh hidup kot takde handset.. Kalau setegha hari aku leh terima dek akal.. Kot2 terkejar2 p kelas.. Org mengantuk..Bateri abes masa tgh membuta.. Ni dah lebih 24jam... Tak boleh2 nk cas apa kejadahnya??

Aku kekadang cam dah mual dengar alasan2 bodoh.. Ni la salah satu ciri2 lidah bercabang.. Kot ye pun kau nak privacy konon ngan si cinta hati... Tak kan la sampai kau nak tipu aku utk kesekian kalinya?? Ada2 jer kau nak tipu2 aku ! Aku fed-up la.....

Aku dah banyak tolerate ngan kau.. Tapi kau tetap gitu jer.. Kekadang aku fikir hati aku yg kotor.. Cuba nak bersihkan hati aku.. Nak persahabatan ni lebih ikhlas..lebih suci... Tapi bila fikirkan sikap kau yg kaki kelentong... Aku jadi sakit ati yg teramat...

Its ok...aku sabar.. Aku doakan ALLAH bg petunjuk & hidayah kat kau!! Aku syg kau wei.. Kawan..sahabat..teman...saudara... But i'm nothing to u rite? Its ok...

Nasib tak de gangguan air..kalau tak busuk la kau ! Tapi walau air & eletrik ada...peragai kau tetap busuk !


being HONEST may not get u a lot a friends..
but it'll always get you the RIGHT ones !

hye si lidah bercabang !

Hati sakit lagi ! Time nak mintak tolong.. Bukan main manis mulut.. Telinga pun sanggup tahan kena kata lebih kurang.. Buat2 aksi 'tolong kami-bantu kami'.. Dah ditolong.. Senang jer kau berubah.. ingatkan dah bertaubat.. Rupanya tau-buat jer!

Salah aku jugak..Tak reti2 nak serik2 ! konon2 baik sgt... Kalau bukan aku nak tolong.. Sapa ler lagi.. Kata sedara ! Hahahaha..padan muka dri sendiri! Sila tepuk tgn beramai2.... Uwaaaa....aku sedih! Masih boleh control... Hati kena kebal !

Kekadang tak paham dgn manusia yg suka ckp tipu ni.. Yes..benda tu kecik. Tapi kat aku yg dah bnyk membantu..macam sedara pun sanggup nak tipu benda2 gitu ! Ingat best ke wat perangai cam budak2 tak akil baligh nie? Plz la...be matured cket...




Yes..aku tak penting..bukan sesapa kan.. Aku jer dok anggap lebih2.. Ok2..utk kesekian kalinya aku kena ajar diri aku utk berhati2 dengan manusia lidah bercabang ni !

Sabar... Sampai bila? Ye..sampai bila2..sebab rasa kasih & sayang tu dah sebati dalm diri ini.. YaALLAH..tolong la beri petunujuk & hidayah utk manusia2 ni.. Plzz..... Aku sayang sgt kat org2 yg tak cerdik2 ni !

Kehilangan Kamu Utk Selamanya....







Tanpa undangan diriku kau lupakan

Tanpa utusan diriku kau tinggalkan

Tanpa bicara kau buat ku kecewa

Tanpa berdosa kau buat ku merana

Friday 27 January 2012

Rahsia Cinta Seorang Hawa...

Assalamualaikum……

Bicaraku kali ini tentang hakikat cinta HAWA… 


Ya tentang cinta mmg tidak akn pernah habis dibicarakan…. 


Aku bukan pujangga yg hebat dalam membahas tentang cinta. 


Aku ingin bicara atas nama wanita...


Wanita adalah makhluk yg sempit akal dan mudah terbawa-bawa emosinya…


Sangat mudah bg golongan adam utk membuat golonganku bermimpi.

Tolong..


berhentilah memberi angan-angan kpd kami...


Mungkin kami akn memuncung tika di sapa, 


atau membuang muka kalau di puji. 


Tetapi sejujurnya, ada perasaan bangga. 


Bukan suka kpd kamu (mungkin)tetapi suka kerana diperhatikan lebih.!

Di antara kami, 


ada golongan hawa yg pandai menjaga diri. 


Tetapi tidak semua kami mempunyai hati yg suci. 


Oleh itu kpd golongan adam....


jangan kamu tawarkan sebuah ikatan bernama ta'aruf 


bila kamu benar-benar belum bersedia akan situasinya. 


Sebuah ikatan yg tidak pasti yg boleh jd berumur tidak 


Cuma dalam hitungan bulan tetapi menginjak usia tahun, 


tanpa kepastian bila akan dipastikan. 


Seringkali .....persahabatan itu dibungkus label 'ukhwah fillah' 


dan seringkali jg persahabatan antara golongan hawa 


dan adam ini dijangkiti virus yg bernama 'rasa' dan 'makna'...


kerana tiada suatu hubungan pun yg tidak berkait dgn soal 'rasa' .

Sebelum kamu memutuskan untuk mendatangi kami...


jwb dulu pertanyaan ini dgn jujur. 


Setelah tiga bulan kamu mendatangi dan menyatakan cinta,

kamu masih belum bersedia mengikrarkan dlm sebuah pernikahan??


atau kamu masih memerlukan masa yg lebih lama 


dan meminta kami menunggu 


dgn alasan yg tidak syar'i dan terlalu duniawi...
.
jika jwpn kamu YA, 


bermakna kamu lebih 'hebat' dan 'berani' daripada Saidina Ali. 


Dia hanya berani mengatakan cinta kepada Fatimah, setelah menikah. 


Ali.. Pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w 


tetap menunggu waktu bertahun-tahun untuk mengatakannya. 


Bukan kerana pengecut, tetapi kerana dia adalah lelaki kualiti syurga.

Tolong,


kami tidak ingin menyakiti hati calon suami kami yg sebenarnya.


Mereka berusaha menjaga hijab
,
 agar datang kpd kami dalam keadaan suci hati, 


tetapi kami malah menjaja cinta kepada lelaki yg belum tentu menjadi suami kami. 


Atau kamu sekarang sudah berani menjamin bahawa kamu adlh calon suami kami yg sebenarnya???


maaf... 


wanita itu lemah dan mudah ditaklukkan. 


Sebagai saudara kami, 


tolong..jagalah kami. 


Kerana kami jd lemah dgn surat cinta kalian.

Bukankah akn lebih indah bila kita bertemu dgn jalan yg diberkati-Nya?


Bukankah lebih membahagiakan bila kita dipertemukan dlm situasi yg diredhai-Nya?

Bukan Cuma saat menikah, 


tetapi saat pertemuan yg juga bebas dari maksiat. 


Allah maha Pencemburu 


Dia maha Memiliki kami..


maka mintalh kepada-Nya sebelum mendatangi kami.





Akhir kalam....

Tentang jodoh..aku takkan runsingkannya lagi, 


seperti halnya takdir lahir dan takdir mati. 


Takkan mengundur dan ke depan sedikit pun. 


Aku yakin ssorang di sana telah diciptakan Allah khusus utkku.

Bukankah manusia diciptakan berpasang-pasangan. 


Mungkin dia, mungkin jg bkn. 


Bila dia adalah ikhwan yg baik bagiku, 


namun Allah tak izinkan dia utk menikahiku, 


maka aku yakin Allah telah menyediakan ikhwan


 yg jauh lebih baik daripda dia utkku. 


Kerana aku tahu Allah takkn pernah mengecewakanku.

Tentang dia...


dia mungkin telah tersedar telah mensia-siakan waktunya utkku...


ya,jalan itu masih panjang....


dan dia pun memilih mencintai Kekasih Sejati daripada diriku..


subhanallah..bagaimana mungkin aku tidak semakin mencintai dia.....


dan jelaslah bahawa dia berhak mendapatkn wanita yg jauh lebih baik daripadaku...


kudoakan semoga dia dikurniakan isteri yg solehah, 


yg jauh lebih baik daripada yg pernah di bayangkan sebelumnya...


kerana Allah takkn pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya.

"Ya ALLAH aku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, 


dan cinta kepada orang-orang yg mencintai-Mu, 


juga kpd amal perbuatan yg akan mendekatkan diriku untuk lebih mencintai-Mu.."


UnTuK YaNg TeRCiNtA

Aku menerimamu

Kerana cintamu pada-Nya

Aku mengasihimu kerana

Kasihmu pada-Nya

Adakah aku kau pilih

Kerana pilihan-Nya untukmu?

Terimalah aku bukan kerana mahar

Yang kau beri padaku

Bukan jua kerana cintamu padaku

Melebihi cintamu pada-Nya

Tetapi kerana aku adalah

Perempuan yg dijodohkan-Nya untkmu

Kasihilah aku...sayangilah aku..

Kerana ketaatanmu pada-Nya

Moga mahligai yg dibina

Direstui...diberkati...

Hingga ke syurga...




"AkU MeNciNTaiMu KeRaNa aGaMa Yg AdA PaDaMu..

JiKa KaU HiLaNgKaN aGaMa DaLaM DiRiMu...

MaKa HiLaNgLaH CiNTaKu PaDaMu..."





Tuesday 24 January 2012

Jom uji minda anda ! Sengal or terbaek !



Sapa rasa2 IQ tinggi sgt jom try this game.. Syok bak ang.. Aku failed ! Hahaha..

So saje share ngan korang..test2 cepat !

Okey..rule for this game...

‎- Sila jawab dengan spontan ok! Its means in 2seconds mesti jawab setiap soalan...

- Baca satu demi satu untuk memeastikan anda faham ok.. Jgn menyesal !


- Concentrate! 100% jgn ada gangguan...


- OKEY...KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3.  Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air...!


1. Rambut anda warna apa ?

2. 
Background ni warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari...!


1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging....!





Jom share apa jawapan anda... dari 3 bahagian tu... Anda dapat brapa? Saya 3-3 salah !... Sadis kan...

Sunday 22 January 2012

Aku jatuh hati utk kesekian kalinya....


Korang kenal sapa mamat dalm pic diatas??

Apa?? Tak kenal.. Memang tak rock la..

Mungkin anda tak sempat baca kisah 'Blues utk aku' dalam majalah Ujang dulu..

Watak utama ni...

Nama mamat ni Sahak!..

Tak up-to-date la nama dia..

Tak kira la nama apa pun..

Tapi aku memang jatuh cinta sama ini pic...

Giler smart kot mamat nie..

Ada tak -in reality- mamat sesmart ini??

Kalau ada rekemen la kat akak dik oii..

Tetiba akak jadi desprate lak...

Paling suka tang rambut panjang & janggut dia tu..

peerrgghhh....

Ok2..cukup2 buat maksiat mata!!.

M-A-A-F

Saturday 21 January 2012

ALLAH is the best!

Q:Feeling alone?
A:Innallaha ma'ana(sesungguhnya Allah bersama kita) ♥


Q:Wishing something?
A:Man jadda wa jadda(siapa yang berusaha,dia akan berjaya) ♥


Q:Missing somebody?
A:Ma fi qalbi ghairullah(tiada dalam hatiku melainkan Allah) ♥


Q:Saw evil or do evil?
A:Inni akhafullah(sesungguhnya aku takutkan Allah) ♥


Jaga diri,jaga hati,jaga iman agar sentiasa berada dalam rahmatNya..sesungguhnya Allah lah sebaik-baik teman..=)




Maaf tiada mood utk update buat seketika.. Hati kacau bilau.. Hanya berserah kepada ALLAH moga dipermudahkan segalanya.. Amin....

Sunday 15 January 2012

Tergamak Kau...




Walaupun esok ada mentari
Apakah secerah hari ini
Harap begitulah dan moga mudahlah
Perjalanan hidupku
Berat benar langkah

Rela dalam pasrah

Yang aku harap harapkan

Tak kesampaian


Ku tinggalkan semalam yang indah

Sememangnya itu tak kuduga

Lamanya berkasih indahnya berjanji

Sanggup sehidup semati


Ucapan semalam kini berlainan

Kau yang dulu kukenali menjadi duri


Tergamaknya hatimu sayang

Menciptakan luka pada aku yang setia

Dahulu kau bisik kalimah

Walau apa terjadi kasih tak berubah


Mungkin tika itu aku berharta

Cahaya cintamu bersinar rekaan cuma


Mengertilah ku kini kasih sayang sekarang

Semuanya memandang kebendaan

Andainya kedaifaan dan rupa pun lah kurang

Tiada siapa sudi memandang walau sebelah mata


Begitulah aku ini kau umpamakan

Di kaca matamu aku mengisahkan

Tergamaknya…

Tergamak!!!!







Saturday 14 January 2012

Apa baik & buruknya SILATURAHIM??



Silaturahim merupakan perintah Allah dan RasulNya, apa bila kita melaksanakan perintah tersebut disamping kita mendapatkan pahala juga akan mendapatkan keutamaan-keutamaan yang sangat banyak sekali, diantara keutamaan tersebut adalah :

1. Silaturahim merupakan sebahagian dari konsekuensi iman dan tanda-tandanya
Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda : "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maha hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim". (HR Bukhori dan Muslim)


2.Silaturahim adalah penyebab bertambah umur dan luas rezeki
Dari Abu Hurairah berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim" (HR Bukhori dan Muslim)


3.Silaturahim menyebabkan adanya hubungan Allah  bagi orang yang  menyambungnya
"Sesungguhnya Allah swt menciptakan makhluk, hingga apabila Dia selesai dari (menciptakan) mereka, rahim berdiri seraya berkata: ini adalah kedudukan orang yang berlindung dengan-Mu dari memutuskan.' Dia  berfirman: 'Benar, apakah engkau ridha bahawa Aku menyambung orang yang menyambung engkau dan memutuskan orang yang memutuskan engkau? Ia menjawab, 'Bahkan.' Dia  berfirman, 'Itulah untukmu.'


4. Akan selalu berhubungan dengan Allah swt.
Dari Aisyah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, "Silaturahim itu tergantung di `Arsy (Singgasana Allah) seraya berkata: "Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya" (HR. Bukhari dan Muslim).


5. Silaturahim merupakan salah satu penyebab utama masuk surga dan jauh dari neraka
Dari Abu Ayyub al-Anshari ra, sesungguhnya seorang laki-laki berkata: Ya Rasulullah, ceritakanlah kepadaku amalan yang memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. Maka Nabi saw bersabda : "Engkau menyembah Allah swt dan tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan menyambung tali silaturahmi" (HR Bukhari dan Muslim)


6. Silaturahim merupakan ketaatan kepada Allah swt dan ibadah besar, serta petunjuk takutnya hamba kepada Rabb-Nya, sehingga ia menyambung tali silaturahim tatkala Allah swt menyuruh untuk disambung
Firman Allah swt : "Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Rabbnya dan takut kepada hisab yang buruk" (QS. Ar-Ra'd :21)


7. Silaturahim merupakan amalan yang paling dicintai oleh Allah swt.
Dari seorang laki-laki dari Khos’amm berkata : saya mendatangi Rasulullah saw sedangkan beliau sedang bersama salah seorang sahabatnya, aku berkata : kamu mengaku bahwa engkau adalah Rasulullah? Rasulullah saw menjawab : “iya”, aku bertanya : amalan apa yang paling dicintai Allah swt. Beliau menjawab ; “Beriman kepada Allah swt ”, aku bertnya lagi, kemudian apa lagi ? beliau menjawab : “kemudian menyambung silaturahim”. (HR Abu Ya’la dengan sanan Jayyid)


8.Sesungguhnya ganjaran silaturahim lebih besar dari pada memerdekakan budak
Dari Ummul mukminin Maimunah binti al-Harits radhiyallahu 'anha, bahwasanya dia memerdekakan budak yang dimilikinya dan tidak memberi kabar kepada Nabi saw sebelumnya, maka tatkala pada hari yang menjadi gilirannya, ia berkata: Apakah engkau merasa wahai Rasulullah bahwa sesungguhnya aku telah memerdekakan budak (perempuan) milikku? Beliau bertanya: "Apakah sudah engkau lakukan?" Dia menjawab: Ya. Beliau bersabda: "Adapun jika engkau memberikannya kepada paman-pamanmu nescaya lebih besar pahalanya untukmu." (HR Bukhori dan Muslim)


9.Di antara besarnya ganjaran silaturahim, sesungguhnya sedekah terhadap keluarga sendiri tidak seperti sedekah terhadap orang lain
Dari Salman bin 'Amir ra, dari Nabi saw beliau bersabda: "Sedekah terhadap orang miskin adalah sedekah dan terhadap keluarga sendiri mendapat dua pahala: sedekah dan silaturahmi." (HR Tirmidzi)
Demikian pula dengan hadits Zainab ats-Tsaqafiyah, istri Abdullah bin Mas'ud ra, ketika ia pergi dan bertanya kepada Nabi saw: Apakah boleh dia bersedekah kepada suaminya dan anak-anak yatim yang ada dalam asuhannya? Maka Nabi saw bersabda: "Untuknya dua pahala, pahala kekeluargaan dan pahala sedekah." (HR Bukhari dan Muslim)



Dan sebaliknya apabila meninggalkan silaturahim maka akan mendapatkan ancaman dan akibat yang diperoleh. Diantara ancaman memutuskan silaturahmi adalah :


1.Tidak akan diterima amalnya
Dari Abu Hurairah ra berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda “ “sesungguhnya perbuatan anak cucu adam diperlihatkan pada setiap kamis malam jumat, maka tidak akan diterima amalnya orang yang memutus tali silaturahmi”. (HR Ahmad)


2. Akan terputus hubungannya dengan Allah swt.
Rasulullah saw bersabda, "dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya" HR. Bukhari, dan Muslim.


3.Tidak termasuk golongan yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat. 
Kerana salah satu tanda keimanan seseorang adalah senantiasa meghubungkan silaturahim.


4. Akan dilaknat oleh Allah dan dimasukan kedalam neraka jahanam.
Allah swt berfirman : “ orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerosakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahannam) (QS Ar’Rad : 25)
“  Maka Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.”(QS Muhammad 22-23)


5.  Tidak masuk syurga
Dari Jubair bin Mut'im ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, " Tidak akan masuk syurga orang yang memutus hubungan.". Sufyan berkata :“iaitu yang memutus hubungan tali silaturahim” (HR. Bukhari dan Muslim)