Counter

blogger tracking

Wednesday 8 February 2012

Perpisahan Kerana ALLAH...

Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan.  Ini menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia.


Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.  Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.  

Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan. Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.

Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.  Hanya airmata menjadi jawapan.  Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang. 

Tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.


Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala yang telah lepas.  Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.  



Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam.  Jangan lupa kembali mengingati ALLAH.  Segala apa yang kita ada hanya pinjaman.  Segala yang termiliki akan dipulangkan.




Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya.  Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia.  Untuk kita belajar berkasih sayang.  Untuk kita saling menebarkan peringatan.

Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.  Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.  Masih ada!  Iaitu di alam abadi.  Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali.  Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti.  Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.



Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.


PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan.
Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan..... 




One of the best gift you can give is caring, is free and priceless. So don't ask why I love doing that... 





..........aku sentiasa sayang kamu dunia & akhirat.........

Saturday 4 February 2012

Gangguan elektrik di UiTM lebih dari 24jam...

Bekalan elektrik  UiTM atau Universiti Teknologi Mara mengalami gangguan... Tempoh gangguan bekalan eletrik tidak dapat dketahui lagi sampai bila.. Puncanya masih didalam siasatan.. Mungkin disebabkan pembaziran yg melampau atau ketidak cekapan org dalaman menguruskan penipuan...



Kes ini saya dapat ketahui dari seorang sahabat yg menuntut di sana.. Hebat kan saya? Leh jadi pemberita sensasi lagi hot ! Sahabat saya kira dia yg hot lagi sensasi kot... Hahaha

Okie2..ini cerita tipu! Jgn cepat terpedaya ok... Aku geram kat sowang budak ni.. Leh jer dia kata malas nak cas btri handset konon.. Sedangkan dia tak leh hidup kot takde handset.. Kalau setegha hari aku leh terima dek akal.. Kot2 terkejar2 p kelas.. Org mengantuk..Bateri abes masa tgh membuta.. Ni dah lebih 24jam... Tak boleh2 nk cas apa kejadahnya??

Aku kekadang cam dah mual dengar alasan2 bodoh.. Ni la salah satu ciri2 lidah bercabang.. Kot ye pun kau nak privacy konon ngan si cinta hati... Tak kan la sampai kau nak tipu aku utk kesekian kalinya?? Ada2 jer kau nak tipu2 aku ! Aku fed-up la.....

Aku dah banyak tolerate ngan kau.. Tapi kau tetap gitu jer.. Kekadang aku fikir hati aku yg kotor.. Cuba nak bersihkan hati aku.. Nak persahabatan ni lebih ikhlas..lebih suci... Tapi bila fikirkan sikap kau yg kaki kelentong... Aku jadi sakit ati yg teramat...

Its ok...aku sabar.. Aku doakan ALLAH bg petunjuk & hidayah kat kau!! Aku syg kau wei.. Kawan..sahabat..teman...saudara... But i'm nothing to u rite? Its ok...

Nasib tak de gangguan air..kalau tak busuk la kau ! Tapi walau air & eletrik ada...peragai kau tetap busuk !


being HONEST may not get u a lot a friends..
but it'll always get you the RIGHT ones !

hye si lidah bercabang !

Hati sakit lagi ! Time nak mintak tolong.. Bukan main manis mulut.. Telinga pun sanggup tahan kena kata lebih kurang.. Buat2 aksi 'tolong kami-bantu kami'.. Dah ditolong.. Senang jer kau berubah.. ingatkan dah bertaubat.. Rupanya tau-buat jer!

Salah aku jugak..Tak reti2 nak serik2 ! konon2 baik sgt... Kalau bukan aku nak tolong.. Sapa ler lagi.. Kata sedara ! Hahahaha..padan muka dri sendiri! Sila tepuk tgn beramai2.... Uwaaaa....aku sedih! Masih boleh control... Hati kena kebal !

Kekadang tak paham dgn manusia yg suka ckp tipu ni.. Yes..benda tu kecik. Tapi kat aku yg dah bnyk membantu..macam sedara pun sanggup nak tipu benda2 gitu ! Ingat best ke wat perangai cam budak2 tak akil baligh nie? Plz la...be matured cket...




Yes..aku tak penting..bukan sesapa kan.. Aku jer dok anggap lebih2.. Ok2..utk kesekian kalinya aku kena ajar diri aku utk berhati2 dengan manusia lidah bercabang ni !

Sabar... Sampai bila? Ye..sampai bila2..sebab rasa kasih & sayang tu dah sebati dalm diri ini.. YaALLAH..tolong la beri petunujuk & hidayah utk manusia2 ni.. Plzz..... Aku sayang sgt kat org2 yg tak cerdik2 ni !

Kehilangan Kamu Utk Selamanya....







Tanpa undangan diriku kau lupakan

Tanpa utusan diriku kau tinggalkan

Tanpa bicara kau buat ku kecewa

Tanpa berdosa kau buat ku merana