Counter

blogger tracking

Sunday, 8 January 2012

YaALLAH... Tolong Lembutkan Hati Dia...

Saya tak de tempat nak luahkan apa yg terpendam.. Subuh2 lagi jari saya dah menari utk mencoretkan sesuatu.. Saya rindukan dia.. "dia" bukan lah kekasih hati atau cinta hati saya.. "dia"..hanyalah adik saya.. Adik yang tiada pertalian darah...tapi tali persaudaraan ini melebihi sgalanya...

Salam...Adik akak sihat?? Hati kamu camne lak? Sampai bila kamu nak keraskan hati kamu? Akak tak de kekutan utk terus bercakap dengan kamu.. Akak takut hati akak akan lebih kecewa dengan sikap kamu..dengan penolakan kamu.. Sampai sekarang..akak tertanya apa salah akak pada kamu? Apa yang sgt menguris hati kamu sehingga kamu letak akak ketepi...



Adik..akak buang ego akak.. Akak letak ketepi...Akak tak nak kamu rasa rendah diri atau segan dengan akak disebabkan hutang kamu tu... Akak tahu kamu susah skrg... Akak tak sampai hati nak susahkan lagi keadaan kamu... Its ok..biarlah susah itu akak yg tanggung... Walau akak dah beralah.. Keadaan masih tak berubah... Apa yg terjadi sebenarnya?? Hutang tu ke jadi masalahnya....Bagi akak itu bukan alasannya.. Jangan lah kita jadi terlalu bodoh hanya kerana duit... Berapa yg telah akak korban kan utk kamu selama ini?



Tanya diri kamu.. Selama ini..akak ke manusia paling kejam yang pernah kamu jumpa? Akak ke yg tak pernah kisah adik akak makan atau tak? Akak ke yg biarkan adik akak terlantar sakit? Akak ke manusia yg ingin kamu gagal masa kamu belajar dulu? Akak jugak ke yang gelak ketawa bila kamu menangis terluka? Akak dah berkorban segala utk kamu... Segala nya....

YaALLAH..napa mudah sgt kamu lupa segala jasa akak? Akak tak pernah minta kamu balas segala yg akak beri.. Cukuplah kalau kamu tahu menghargai segala pengorbanan akak.. Senang nye manusia berubah kan.. Dulu kamu kata.. Kamu tak kan lupa kan akak...Tak kan tinggalkan akak.. Tak kan lupa jasa akak.. Tapi sekarang..kamu tinggalkan akak begitu jer.... Senang nyer kamu lupakan segalanya...




Adik..akak kenal & tahu adik akak.. Adik akak tak sekeras ini hatinya... Akak tak tahu apa yg buat kamu berubah...  Semoga ALLAH lembutkan hati kamu utk menyambung tali persaudaraan yg hampit terputus ini... Bukan utk dia terima aku.. Tapi utk terima persaudaraan ini... Andai ketentuan MU..persaudaraan ini sudah sampai ketitik noktahnya.. Aku redha... Cuma aku mintak Kau jaga la dia..aku tak mampu lagi andai ini ketentuan yg telah di takdirkan... Lindungi dia...berilah kebahagiaan utk nya... Moga persaudaraan kita akak terus kekal hingga ke 'sana'.. InsyaALLAH.. Akak syg kamu...



Terima kasih YaALLAH... Kirim dia dalam hidup aku... Disaat kau kirim dia dalam hidup ni.. Aku dah bersedia utk kehilngan nya.. Kerana aku tahu dia bukan milik aku.. Mungkin hanya pinjaman utk aku...




Aku tidak BERHARAP untuk menjadi orang yang TERPENTING dalam hidupmu..
Kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar bagiku.
Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku...
Kau akan TERSENYUM dan berkata:
"Dialah orang yang selalu MENYAYANGIKU''..


Manusia itu ibarat DAUN.
.jika tidak gugur ke tanah hari ini, 
suatu hari nanti PASTI akan gugur..
begitulah insan-insan yang kita sayang..
umpama daun,...
 mereka juga pasti suatu hari nanti akan MENINGGALKAN kita..
yang kekal azali ialah kasih dan cinta ALLAH kepada umatnya..

Jika seseorang HADIR dalam HIDUP kamu dan menjadi SEBAHAGIAN daripada kamu, 
tetapi atas SEBAB TERTENTU dia TERPAKSA PERGI, 
JANGAN terlaluSEDIH...
TERIMALAH KENYATAAN itu 
dan SEKURANG-KURANGNYA dia PERNAHMEMBAHAGIAKAN kamu..

..Just like seasons,people change when they don't need you anymore.
Loving someone isn't about what you can give them, it's about making them happy.... with or without you....


Friday, 6 January 2012

Nak wat contest vs giveaway....

Dah sebulam berbloging...  Alhamdulillah.. Syok ada kekwn baru... Walau aku tak la sekatif blogegr yg len.. Idea ciput jer.. Asyik nk citer personal life jer malu lak..Hikhik... Follower pun dah 50++.. Ok la bagi aku.. Thanx yg sudi support diri ini....

Nufnang masih tak boleh nak di wat.. Uwaa.. Tak de reaeki lagi kot.. InsyaALLAH..ada la nanti2 kot kan... Takde rezeki ngan nufnang.. Aku dpt satu rezeki baru.. Wat bisnez online.. Cam best jer kan.. Tapi yang best nyer.. Bisnez ni tak payah kuarkan modal.. Sebab aku cuma wat promosi... & ada yg beli aku dapat komisen.. Segala urusan pos mengepos pun tuan punya bisnezz tu lakukan sendiri..

Aku dapat offer ni dari tokey perfume kot.. Dia jual perfume branded..tapi bukan lah yg original..gred AA... Sebotol RM45 jer termasuk postage.. Bagi aku murah la harga dia.. Sebab kebanyakkan yg online jual mesti 60-80rgt.. Siap dia kata kalau amik lebih dari 1 botol leh dpt diskaun.. Huhu.. bestnya... Wat promosi jer pun.. Ada tak yg nak order perfume?? Nanti aku wat entri khas utk perfume... huhu... Leh la cari rezeki utk sesuap nasi...








& Selepas dpt offer ini... Aku cam terign nak wat GIVEAWAY cam blogger2 dok buat tu.. Hehe.. Aku memang suka kot bagi2 hadiah kat org2 ni.. Tapi aku tak bape teror & mahir lagi benda2 gini... Ada kawan2 leh bagi suggestion?? Lagi pun contest & giveaway ni kena ada banner.. Uwaaa...blog aku takde.. Wajib ke benda tu?? Ada sapa2 nak offerkan diri?? ERkk...heheh

Tunggu dapat komisen dari jual perfume ni aku nak buat gak bnd alah ni.. Lagi pun follower tak ramai lagi.. Tak gempak lak t... Dah list benda pa yg nak dihadiaskan.. Cuma cari sedkit income utk kos pos.. Haha.. So...support la...beli perfume!!!

Hehe..sayang korong sgt2...

Thursday, 5 January 2012

Pesanan utk kaum hawa tersayang...

Melihat fenomena skrg..
Bercouple tanpa tahu adat larang...
Aku malu bukan kepalang...


Bukan adat kita berpegangan tangan..
Bukan ajaran Islam berpeluk-pelukan...
Bukan cara kita bercium-ciuman...


Cinta itu tiada salah...
Cinta itu indah...


Pergghhh...tetiba aku bermadah puitis ditgh mlm....
Sebenarnya..terkilan lagi dengan org2 yang bercinta..salah guna cinta!!
Cinta itu terlalu indah..
Utk anda kotori..
Terlalu hina jika dipalit dgn noda-noda dosa...
Cukuplah kita bekerjasa dengan syaitan yg terkutukk..
Hentikanlah prkara yg dilarangNYA...
Kita hamba siapa???

Kamu hanya baru melalui alam percintaan.. Belum menempuhi alam rumah tangga.. Masih belum ada ikatan yang sah.. Sekadar perhubungan yg tidak dihalalkan.. Jangan kamu rendahkan maruah kamu hanya kerana cinta.. Jangan mudah memberi.. Jangan mudah mempercayai.. Jngan mudah hanyut...



Melihat fenomena remaja zaman sekarang bercinta... Kekadang terpanggil utk memberi nasihat..utk menegur..utk memperingati sesama kaum hawa.. Jgn sayang..jgn kau jatuhkan maruah kaum hawa.. Kita tinggi martabatnya.. Jgn kerana cinta kita dipandang hina...dianggap murah...



Simpanlah diri kamu utk yg berhak...yg betul2 berhak..suami yang kamu nikahi..yang dijanjikan 'akad' olehnya.. Bukan janji kosong... Kamu hanya bercinta..belum tentu kamu akan jadi miliknya kelak... Fikirlah siapa yang rugi? Sapa yg malu kelak? Apa lagi yg tertinggal utk suami kamu yg sebenarnya nanti?? Semuanya telah kamu pertontonkan utk si dia yg bergelar kekasih.. Semua telah dirasai oleh sidia yg hanya bergelar kekasih... Kekasih itu kah yg ALLAH tetapkan utk kamu menjadi suami kamu??? Siapa kah yang akan bawa kamu ke syurga ALLAH??


“Dan katakanlah kepada para mukmin; 
jatuhkanlah pandangan kamu 
(dari memandang perkara yang tidak halal dipandang). 
Dan katakanlah kepada para mukminat; 
jatuhkanlah pandangan kamu."

Wednesday, 4 January 2012

Tentang Dia & Kamu

10 Perkara Tentang Perempuan :
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.











10 Perkara Tentang Lelaki :

1. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Itu bermakna dia serius dengan Anda!

2. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum sedeia untuk bercerita kepada anda).

3. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana Anda ada untuknya).

4. Jangan berusaha membuat lelaki marah, kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah (baran).

5. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andaian.

6. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelefon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

7. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

8. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.. lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

9. Lelaki tidak akan boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada suami Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

10. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (merayu Anda).


Tuesday, 3 January 2012

7 Important Things For Us To Have & To Give







Waktu susah kau cari aku

waktu senang engkau tinggalkan aku

begitulah sikap mu

yang tak tahu kenang budi


....ikuti kisah selanjutnya.......

Monday, 2 January 2012

Saya nak adek baru...

Salam..
Kekawan saya sihat tak???
Law tak sihat..meh saya bagi ubat..kehkeh..~budget kje farmasi~


Tahun baru ni semangat nak cari yang baru..
Bukan boy fren ek..
Sebab yg lama pun takde..
Sadis kan hidup saya..poyos!!
Saya nak hati yg baru..
Sebab hai saya yg dulu dah dipenuhi dgn insan2 yang tak menghargai saya..
Tapi kamu semua akan sntiasa berada ditempat yg istimewa dihati saya...



Bab boyfren ni..saya serah pada takdir jer...
Saya sebenarnya dah agak tua..
Jodoh tak sampai2 lagi...
Nak wat guana...org tak cantik..ner laku kan??
Tapi..its ok.. ALLAH dah tetapkan jodoh saya ngan sapa..
So..saya tenang menanti bakal imam saya..
Yang kelak akan bawak saya ke syurga Allah...InsyaALLAH..
Doakan saya yer kekawan..

Sebanarnya saya bukan mls nak berusaha..
Tapi saya btol2 give up nak berkenalan ngan lelaki...
1step kekdg dah failed utk melayakkan diri...
Bukan saya over demanding..
Tapi kebanyakkan laki..
Mula2 kita kenal jer..dah ckp sal 18sx...
Ayoooo...benci nyer...
Meluat...Annoying!!!!! Grrrrrr

Oleh sebab itu saya lebih suka berkawan dengan bdk2 yg muda dari saya..
Adik2..kelas kau..
Eh...eh..bukan adik2 yg tu...
Adik..like adik angkat...
Sebab kebanyakkan bila d'org tahu kita lebih tua..d'org akan respect...
Suka sgt ada adek2 angkat..
Tapi bnyk jugaki adek2 angkat saya yg suka amik kesempatan bila saya dah syg cam adek sendiri...
Sadiskan hidup sorang kakak??
What to do... Ikhlas kan hati..
Terus berbuat baik...

Hey uollss.... Ada sesapa nak jadi adek saya tak?? hakhakhak...

Sunday, 1 January 2012

HARI yang baru, HATI yang baru..

TAKUTNYA jika dalam satu-satu hari...
Kita rasa happy..
Tapi Allah TIDAK REDHA dan TIDAK HAPPY pun dengan kita...
Dan dengan apa yang kita happy..
GELISAHKANLAH hati dengan dosa..
TENTERAMKANLAH hati dengan pahala..


Dari Wabishah bin Ma'bad, ia berkata: 
"Aku telah datang kepada Rasulullah...
Beliau bersabda: 
"Apakah engkau datang untuk bertanya tentang KEBAJIKAN?" 
Aku menjawab, "Benar." 
Beliau bersabda: "Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu adalah apa-apa yang MENTENTERAMKAN jiwa dan MENENANGKAN hati; dan DOSA itu adalah apa-apa yang MERAGUKAN jiwa dan MERESAHKAN hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya." 
(HR Ahmad dan Darimi, hadith hasan)





HARI yang baru, HATI yang baru!
Selamat memulakan hari yang baru di tahun yang baru....
Bismillah...
Moga ALLAH merahmati kita.. & sentiasa dalam redhaNYA...
2012 penuh dengan kebahagiaan..insyaALLAH..


~KEBAHAGIAAN ITU MILIK AKU~